31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bilakah kekejaman ini akan berakhir…

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

RASA geram yang tidak terhingga apabila membaca berita yang negara haram itu mengebom hospital, membunuh kanak-kanak dan wanita.

Lebih 500 jiwa terkorban dan 1,000 jiwa lagi tercedera. Mereka tidak berani berdepan kerana yang satu pihak berjuang bagi mendapatkan syahid dan pihak laknat hanya mementingkan dunia.

Oleh kerana terlalu ramainya rakyat yang mati akibat kekejaman pihak laknatulllah, mereka terpaksa dikebumikan dalam perkuburan massa.

Bekalan air, makanan dan bantuan perubatan dari luar disekat.

Sementara negara jiran terdekat yang seharusnya membantu, turut menutup sempadan supaya rakyat asal negara berdaulat yang ada Masjid Aqsa itu tidak dapat keluar, dan bantuan kemanusiaan tidak dibenarkan masuk.

Mereka sangat takut campurtangan negara luar dalam konflik ini. Apakah mereka dari jenis iblis yang suka kepada kekejaman dan menolak perdamaian?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Yahudi akan memerangi kamu sekalian, namun kalian dapat menguasai mereka hinggakan batu pun berkata, ‘Hai Muslim, ini ada orang Yahudi di belakangku, bunuhlah dia.'” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Penderitaan yang mereka alami sangat tidak tertanggung, belum pernah ada negara yang sebegitu kejam terhadap kemanusiaan.

Mereka menguasai media berita antarabangsa dan juga menguasai kewangan dan perniagaan antarabangsa. Sebuah neraca yang sangat berat sebelah.

Padahal umat Islam ialah umat yang terbanyak di dunia, mereka laksana buih di lautan yang tiada membawa makna apa-apa.

Advertisements

Malah umat Islam sendiri membantu mereka dengan melariskan semua outlet mereka dengan makanan segera, minuman, pakaian berjenama dan bebagai produk lain.

Mereka menggunakan hasil jualan produk mereka untuk membeli senjata dan membunuh umat Islam yang tidak berdosa. Kita sendiri yang membantu mereka.

Umat Islam di dunia melebihi 1.4 bilion manusia, jika kita boikot semua barangan mereka terutama makanan dan minuman sampah, ini boleh mengajar erti perpaduan dan persatuan umat Islam yang padu.

Jangan lagi membantu mereka dengan melariskan produk-produk mereka.

Imbasan sejarah pada zaman Rasulullah SAW sedang mengembangkan Islam di Madinah, puak Yahudi dari Bani Quraizhah, Qainuqha dan Bani Nadhir banyak memberikan masalah kepada perjuangan Nabi.

Sebahagian besar mereka adalah orang-orang munafik yang suka menyebarkan fitnah dan berita-berita palsu.

Keadaan yang sama terjadi pada zaman moden kini apabila mereka menguasai media cetak dan elektronik antarabangsa yang dijadikan sebagai media penyebar fitnah dan berita palsu.

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi hinggalah kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin dapat membunuh mereka hinggakan orang Yahudi akan bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu atau pohon itu berkata, ‘Hai Muslim, hai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia,’ kecuali pohon gharqad (sejenis pokok renek) kerana ia adalah pohon Yahudi.'” (Riwayat Muslim).

Dalam keadaan terkini umat Islam mestilah bersabar sambil memanjatkan doa yang bersungguh-sungguh agar diringankan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza.

Semoga mereka diberikan kekuatan iman dan semangat menghadapi ujian yang begitu berat.

Semoga Allah mengabulkan doa sekalian muslimin dan muslimat seluruh dunia agar dimenangkan yang hak dan dihancurkan yang batil.


Penulis adalah mantan Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.
Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan