26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tiada rancangan rombak Kabinet – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang perbincangan dan perancangan untuk merombak kabinet.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga memberikan bayangan bahawa beliau juga akan kekal menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Tapi saya rasa tidak ada pertukaran kementerian kerana PM (Perdana Menteri) tidak pernah bincang pun dengan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (Makspen) XIV di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Sebelum ini timbul desas-desus mengenai rombakan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan di mana Ahmad Zahid juga dikhabarkan akan bertukar ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, Ahmad Zahid mahu kejohanan Makspen yang berlangsung secara dwitahunan diadakan tahun hadapan.

Beliau turut mencadangkan agar Hari Keluarga KKDW diadakan sempena Makspen 2024.

“Kali terakhir kita adakan sukan ini ialah pada 2015 dan selepas itu tiada lagi. Dengan ini saya arahkan tahun depan wajib diadakan semula,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan