26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Denmark

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASANGAN beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila muncul sebagai juara Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maula, sebentar tadi.

Gandingan nombor empat dunia itu hanya memerlukan 33 minit untuk menang straight set, 21-13, 21-17 dalam aksi yang berlangsung di Arena Fyn, Odense itu.

Aaron-Wooi Yik bermula dengan rentak cemerlang apabila tidak membenarkan lawan memberikan cabaran apabila menang mudah 21-13 hanya dalam 13 minit di set pertama.

Set kedua pula menyaksikan pasangan Indonesia yang berada di ranking ke-14 dunia itu mula memberikan tentang.

Advertisements

Namun, Aaron-Woi Yik menggunakan pengalaman yang dimiliki mereka untuk menyerap serangan lawan sebelum menang 21-17 dalam tempoh 20 minit.

Ini merupakan kemenangan pertama pasangan negara itu tahun ini selepas mara ke final sebanyak tiga kali namun tewas kemua aksi perlawanan akhir.

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan turun beraksi dalam satu lagi aksi final menentang pemain nombor enam dunia dari China, Weng Hong Yang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan