Tuesday, July 21, 2026

PM mulakan lawatan kerja di Mesir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kaherah, Mesir, bagi memulakan lawatan kerja selama dua hari di negara tersebut.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada pukul 8.16 malam waktu tempatan (1.16 pagi tadi waktu Malaysia).

Lawatan Perdana Menteri ke negara Asia Barat itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Pertanian dan Penebusgunaan Tanah Mesir, Mohamed El-Quseir.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail.

Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini.

Ia bagi membincangkan perkara berkaitan konflik Palestin-Israel, terutamanya dalam usaha menghentikan segera pertempuran dan pembukaan koridor kemanusiaan.

Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza melalui pintu sempadan Rafah-Gaza.

Perdana Menteri juga akan mengadakan kunjungan ke atas Imam Besar Al-Azhar, Prof. Dr. Sheikh Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayeb. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan