28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

PM tegaskan akan heret pihak sorok beras ke mahkamah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang cuba menyorok bekalan beras dan akan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga telah meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu supaya memberi arahan kepada pihak berkuasa dalam memantau perkara tersebut.

Tegas Perdana Menteri, tindakan menyorok beras ketika rakyat berdepan kesukaran mendapatkan bekalan beras putih tempatan adalah sesuatu yang buruk dan wajar dihukum.

“Saya beritahu pada Mohamad, arahan yang jelas kepada penguat kuasa, kalau ada yang berani buat perangai buruk dalam keadaan orang susah cari beras, kamu sorok, kamu jaga.

“Kami akan cari kamu, saman dan bawa kamu ke mahkamah. Tengah orang susah masa itu kamu hendak cari untung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di Bentong, malam tadi.

Advertisements

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan komited dalam menyelesaikan isu kekurangan bekalan beras dan memberi jaminan akan cuba mencari penyelesaian yang tuntas.

“Lima peratus itu kita ambil untuk tentera, polis, sekolah berasrama penuh, keperluan semua ini akan guna beras import yang kita beri subsidi supaya beras tempatan tidak naik harga dan dapat diedarkan.

“Ada kelembapan dalam pengedaran, LPP dan FAMA ditugaskan dikerahkan hantar barang kerana stok kita cukup. Maknanya kita cuba.

“Apakah kita jamin selesai 100 peratus? Tidak. Bagi tempoh seminggu, kita tengok keadaan. Kalau tidak selesai seminggu, kita rapat lagi bincang tindakan sebelum pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 hari bulan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan