24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pelakon Majed Salleh meninggal dunia

Mesti Baca

PELAKON Majed Salleh meninggal dunia pada jam 6.22 pagi tadi.

Allahyarham yang juga pengarah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 65 tahun.

Berita pemergian aktor itu dikongsikan adik iparnya yang juga penyanyi Shiha Zikir.

“Abang ipar saya, Abdul Majed Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (hari ini).

“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman,” kata Shiha.

Shiha berkata dia bagaikan tidak percaya dengan kehilangan abang iparnya itu.

Advertisements

“Rasa masih tidak percaya, rasa macam nak ‘delete’ balik post tadi,” katanya.

Terdahulu, Mei lalu, Majed dilaporkan dimasukkan ke hospital akibat lemah jantung apabila fungsi organnya itu hanya tinggal 25 peratus sahaja.

Dia juga pernah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung di Hospital Serdang.

Majed yang terkenal dengan lakonan dalam drama rantaian popular, Gerak Khas dan Metro Squad KL Gangster: Underworld 2. 

Allahyarham juga pernah mengarahkan filem Syaitan Munafik dan Gerak Khas Undercover. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan