25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Tiada bayaran dikenakan kepada pemilik rumah turap jalan

Mesti Baca

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak mengenakan sebarang caj atau bayaran kepada pemilik rumah bagi kerja penurapan jalan dilaksanakan kontraktor yang dilantik oleh mereka.

MBPJ berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis pemakluman kepada penduduk terbabit sebelum kerja penurapan jalan dilaksanakan.

“Perkara ini jelas dinyatakan dalam notis penurapan jalan perkara 3 (3.1) yang menjelaskan penduduk dinasihatkan tidak memberi sebarang bayaran kepada pihak mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan mereka menurap jalan masuk ke rumah (house entrance) di hadapan kediamannya.

“Untuk makluman jalan masuk ke rumah (house entrance) akan diturap secara percuma oleh MBPJ,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Mengulas mengenai aduan penduduk yang mendakwa kontraktor mengenakan caj bayaran untuk penurapan jalan di laluan keluar masuk rumah, MBPJ menjelaskan perkara itu membabitkan kontraktor luar dan bukan kontraktor dilantiknya.

Katanya, orang ramai diminta membuat laporan polis serta memaklumkan perkara berkaitan caj penurapan jalan kepada unit aduan MBPJ di talian bebas tol MBPJ 03-7954 2020.

“Orang ramai juga boleh melaporkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama MBPJ yang meminta bayaran kerja penurapan jalan dengan menyalurkan aduan melalui emel, [email protected] untuk tindakan lanjut,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan