26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Malaysia raih komitmen pelaburan RM40.6 bilion dari UAE – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA berjaya meraih komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion susulan lawatan kerja dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau menggunakan platform tersebut bagi menyampaikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pilihan pelabur termasuk dari UAE.

Katanya, ia boleh menjana peluang ekonomi lebih baik untuk dimanfaatkan rakyat namun memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakannya.

“Lawatan ke UAE ini sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion.

“Kini terpulang kepada pimpinan kerajaan serta kementerian dan agensi terbabit untuk bertiwikrama menjadikannya realiti, intiha ia akan menguntungkan negara dan rakyat kita sendiri,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Advertisements

Anwar tiba di UAE pada pukul 5 pagi Khamis bagi mengadakan lawatan dua hari ke negara tersebut.

Bagaimanapun, dalam tempoh masa yang singkat selama 36 jam di sana, Perdana Menteri sempat mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak bagi mengukuhkan hubungan bilateral dan meraih peluang pelaburan.

Sementara itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada tokoh-tokoh penting di UAE yang mewakili sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

Katanya, ia termasuk Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan beberapa menteri kanan selain pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) , MASDAR, dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE seperti Mubadala, Lulu Group International, Aldar dan ILC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan