25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

‘Kutukan Sembilan Setan’ inspirasi kisah benar remaja

Mesti Baca

GUNUNG Bromo adalah antara salah satu gunung berapi yang masih aktif yang terletak di Jawa Timur, Indonesia.

Oleh yang demikian, ia menjadi lokasi pilihan buat mereka yang gemarkan aktiviti mendaki gunung, termasuk pendaki dari luar negara.

Biarpun ia sebuah gunung yang popular, ternyata tetap berlaku kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan yang dilalui oleh segelintir pendaki.

Menyedari hal itu, ia telah memberi ilham buat syarikat produksi Indonesia, PIM Pictures untuk menghasilkan sebuah filem seram berjudul Kutukan Sembilan Setan.

Penerbitnya, Agustinus Sitorus berkata, mereka berminat untuk menerbitkan filem berkenaan selepas mendengar kisah benar seorang pemuda, Very Barus bersama tiga orang rakannya yang mengalami kejadian aneh dan seram ketika mendaki gunung Bromo.

“Apabila diceritakan pengalaman itu, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem Kutukan Sembilan Setan.

“Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini telah diolah menjadi sebuah kisah yang menarik, namun ia adalah inspirasi kepada kejadian yang dialami sekumpulan remaja terbabit,” katanya.

Kutukan Sembilan Setan mengisahkan tentang Verdy bersama rakan-rakannya iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko yang merancang percutian di sebuah kawasan di Gunung Bromo serta menyewa sebuah vila selama lima hari.

Advertisements

Bagaimanapun, setibanya mereka di situ ternyata keadaan vila berkenaan tidak sama dengan gambar yang diiklankan di internet ketika mereka membuat tempahan.

Selain vila terbabit yang kelihatan aneh dah menyeramkan, mereka sudah diganggu beberapa kejadian misteri sejak hari pertama menginap di vila tersebut.

Diarahkan oleh Arie Aziz, filem itu dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao, Eric van loo, Sabina Bayramova,Fahira Almira, Brooklyn R, Gerald Krechoff, Egi, Fedly, Eistevanya Alexandra, Aisha Ali, Irna Jufe dan Zenia Zein.

Sementara itu, Arie selaku pengarah pula memberitahu bahawa Kutukan Sembilan Setan bukan sekadar filem seram semata-mata.

Katanya, filem terbaharu arahannya itu cuba untuk menjadi sebuah filem seram yang lebih variasi serta berbeza dengan filem seram yang pernah dihasilkan.

“Selain kisah seram, filem ini turut menerapkan elemen-elemen lain seperti percintaan dan persahabatan serta memaparkan visual keindahan gunung Bromo itu sendiri.

“Gandingan barisan pelakon juga begitu mantap dan serasi antara satu sama lain. Cuma kami berhadapan cabaran apabila keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Diedarkan syarikat D’ Ayu Pictures untuk pasaran di Malaysia, Kutukan Sembilan Setan akan ditayangkan di pawagam mulai 26 Oktober ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan