33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan Malaysia di UK

Mesti Baca

KUMPULAN Goldman Sachs memfailkan saman terhadap Malaysia di sebuah mahkamah United Kingdom (UK), ketika ketegangan semakin memuncak berhubung isu penyelesaian berkait peranannya dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber memberitahu Reuters, saman berkenaan difailkan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA), semalam.

“Hari ini (semalam), kami memfailkan saman timbang tara ke atas Kerajaan Malaysia kerana melanggar obligasinya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan diberikan oleh Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian kami serta bagi mendapatkan semula aset lain,” kata jurucakap bank itu kepada Reuters.

Terdahulu, saman berkenaan dilaporkan oleh Bloomberg News.

Advertisements

Pada 2020, Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion untuk menyelesaikan siasatan jenayah dijalankan Malaysia terhadap peranan bank pelaburan Amerika Syarikat (AS) itu dalam skandal dana 1MDB yang membabitkan berbilion dolar.

Pihak berkuasa Malaysia serta AS menganggarkan AS$4.5 bilion telah dicuri daripada 1MDB melalui skim terperinci yang menjangkau serata dunia dengan membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak; pegawai peringkat tinggi dalam dana itu; kakitangan Goldman dan lain-lain lagi.

Menurut Pendakwa Raya, Goldman membantu 1MDB mengumpulkan AS$6.5 bilion menerusi tiga jualan bon, namun AS$4.5 bilion didakwa telah ‘dilencongkan’ kepada pegawai kerajaan, jurubank serta rakan sekutu mereka melalui rasuah dan sogokan antara 2009 dan 2015.

AS telah memulangkan dana diperoleh daripada rampasan aset didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dicuri. -Agensi

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Naā€™im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan