31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Juruaudit rugi RM1.4 juta angkara pelaburan tidak wujud

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG juruaudit sebuah syarikat swasta di Sungai Bakap, Pulau Pinang mendakwa kerugian melebihi RM1,486,750 apabila diperdaya skim pelaburan tidak wujud di Facebook.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Ng Ah Tiam berkata, semasa melayari Facbook, mangsa yang merupakan seorang wanita tertarik dengan iklan pelaburan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Katanya, wanita itu kemudiannya mengikuti pautan iklan dan seterusnya mendapat penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.

“Selepas mendapat penerangan, mangsa berminat dan membuat beberapa transaksi pembayaran dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,486,750 ke akaun bank yang diberikan diberikan sindiket.

Advertisements

“Tetapi mangsa gagal mengeluarkan keuntungan beserta modal yang dilaburkan bahkan wanita itu secara berterusan dipaksa menambah wang pelaburan bagi membolehkan pengeluaran wang dapat dibuat,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Menurut Ah Tiam, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang ditawarkan di media sosial.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan info tentang kes jenayah komersial melalui Facebook Bahagian Siasatan Jenayah Komersial SPS, Pulau Pinang dan juga Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan