31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pesara wanita rugi RM730,000 terpedaya pelaburan tak wujud

Mesti Baca

SEORANG pesara wanita sebuah syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM730,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa wanita berusia 65 tahun itu pada mulanya berminat untuk menyertai skim pelaburan saham ditawarkan melalui aplikasi Instagram yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata, wanita itu seterusnya membuat pendaftaran melalui laman web Bitpanda yang juga platform saham bagi tujuan melabur dan telah memindahkan wang sebanyak RM730,000 dengan 19 transaksi ke 14 akaun berbeza bermula 20 April sehingga 9 Jun lalu.

“Mangsa yang menggunakan wang simpanannya dan pinjaman daripada rakan untuk melabur pada mulanya telah berjaya mengeluarkan wang keuntungan sebanyak RM5,000 sebelum laman web terbabit tidak dapat diakses.

Advertisements

“Malah suspek turut meminta mangsa membuat penambahan wang untuk pelaburan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa yang menyedari terpedaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan