30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Pertandingan boria bakal jelajah Malaysia

Mesti Baca

DALAM usaha memartabatkan seni persembahan boria, Arena Pinang Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan Pertandingan Boria 2023.

Bertempat di UNISEL, Kampus Shah Alam, Selangor, penganjuran itu bagi mendedahkan kepada orang ramai terutamanya masyarakat di negeri lain mengenai persembahan boria.

Pengarah Program, Razali Hussain berkata, lazimnya orang hanya tahu mengenai boria apabila datang ke Pulau Pinang.

Malah untuk menyaksikan persembahan itu ia lebih banyak diadakan di negeri Pulau Mutiara itu.

“Saya mahu memartabatkan seni dan budaya yang ada di Malaysia dan memilih untuk menganjurkan persembahan boria.

“Ini adalah penganjuran kali kedua dan diadakan di Selangor. Saya berharap selepas ini dapat menganjurkan lebih banyak lagi pertandingan boria ini di semua negeri di Malaysia,” katanya.

Pada pertandingan itu, sebanyak sembilan kumpulan telah bersaing dalam merebut kejuaraan yang julung kali diadakan di Selangor.

Juri pertandingan terdiri daripada Omara Omar Hashim, Yusof Hashim, S Azli dan penyanyi 90-an, Razis Ismail.

Advertisements

Manakala, pertandingan diacarakan oleh Farouk Hussain dan Azrul Zaidi.

Penganjuran itu turut mendapat sokongan daripada ArtsFAS-Seni Sepanjang Musim, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan.

Pertandingan boria ini terbahagi kepada dua segmen iaitu dimulakan dengan persembahan sketsa dan persembahan nyanyian boria.

Dalam pada itu, Razali turut menyatakan, pada awal dia bimbang menganjurkan pertandingan ini di Selangor andai tidak mendapat sambutan.

“Alhamdulillah dengan bantuan dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan hebahan melalui media sosial, akhirnya penyertaan mencapai sasaran.

“Pada awalnya 10 kumpulan telah menyatakan pengesahan penyertaan, namun pada saat akhir 1 kumpulan telah menarik diri,” katanya.

Selain pertandingan boria, Arena Pinang turut mengadakan program sitkom berbentuk boria berjudul Mai Chek Mai yang disiarkan di saluran TV2 setiap Khamis jam 9 malam.

Program 13 episod itu mula ditayangkan sejak 26 Oktober dan dilakonkan oleh Imuda, Mamak Puteh, Azrul dan ramai lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan