24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

‘Angan’ Ben Ladin dan Shiha Zikir sentuhan istimewa dari Malique

Mesti Baca

GABUNGAN dua suara yang padu dari penyanyi, Ben Ladin dan Shiha Zikir telah menghasilkan sebuah karya hebat melalui lagu ‘Angan’.

Lagu ini diharap memberikan pengajaran dan mesej yang positif kepada pendengarnya.

Menariknya, lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposer dan penulis lirik, Hikayat Benladin, iaitu Malique.

Sejak kemunculan muzik pendek di dalam media sosial, lagu ini telah menarik perhatian peminat Ben Ladin, terutamanya di TikTok yang telah mencapai 70 penciptaan kandungan (content creation) dalam tempoh seminggu selepas muzik pendek itu dikeluarkan.

Gabungan duo hebat ini jelas mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu menarik perhatian peminat mereka.

‘Angan’ adalah buah tangan yang paling istimewa daripada Ben Ladin dan Shiha Zikir untuk tahun ini.

Kedua-dua mereka memainkan peranan penting dalam lagu ini, di mana Ben Ladin sebagai penyanyi rap dan Shiha Zikir sebagai pelengkap kepada vokal yang unik dan merdu.

Kolaborasi ini tidak hanya mencerminkan kepelbagaian bakat seni mereka, tetapi juga menghasilkan perpaduan yang memukau dan pastinya akan memikat hati pendengar pada era ini. 

“Saya berharap peminat suka akan gabungan kami berdua menerusi lagu ini.

Advertisements

“Ini adalah kerjasama pertama saya dengan Ben dan diharap mendapat sambutan peminat,” kata Shiha.

Ben pula berkata, kerjasama ini adalah sangat istimewa apatah lagi lagu turut dihasilkan oleh Malique.

“Satu pengalaman yang menarik apabila kolaborasi dengan orang hebat dan berpengalaman seperti Shiha.

“Tidak susah untuk kami bekerjasama kerana Shiha sangat profesional dan banyak membantu ketika rakaman lagu ini,” kata Ben.

Lagu ‘Angan’ mengisahkan tentang perasaan seseorang yang terperangkap dalam ilusi atau impian untuk mencapai kehidupan mewah dan kuasa yang tinggi.

Dalam usaha mengejar impian mereka, mereka juga mengalami rasa kebingungan dan ketidakpastian kerana realiti kehidupan yang sukar diwujudkan.

Antara mesej yang positif dalam lagu ‘Angan’ ini untuk sentiasa berpegang kepada realiti agar tidak merosakkan masa depan kita, terutamanya apabila kita terdedah kepada kemewahan, penipuan, dan keinginan.

Lagu ‘Angan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan