26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Zahid lepas, pencuri RM22 berdepan penjara 10 tahun – Sasha Lyna

Mesti Baca

BIRO undang-undang Bersatu mendakwa pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pilih kasih.

Timbalan ketuanya, Sasha Lyna Abdul Latif berkata demikian ketika membandingkan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan kes curi tabung masjid sebanyak RM22 yang berlaku di Kuala Terengganu.

Katanya, terdapat perbezaan ketara apabila pihak pendakwaan memohon Zahid dilepaskan sedangkan tertuduh kes kecil berdepan penjara 10 tahun.

“Kenapa ada beza antara layanan terhadap rakyat biasa yang menganggur dengan timbalan perdana menteri,” soalnya.

Dia turut menegaskan bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa semua orang sama di sisi undang-undang.

Isnin lalu, pihak pendakwaan memohon menghentikan prosiding walaupun mahkamah telah memerintahkan tertuduh membela diri selepas kes prima facie dibuktikan.

Advertisements

Pihak pendakwaan antaranya memberi alasan bagi membenarkan SPRM menjalankan siasatan lanjut, melihat kemungkinan terdapat pendakwaan terpilih dan menunggu suruhanjaya siasatan diraja mengenai memoir bekas peguam negara Tommy Thomas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur justeru melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, dalam kes curi di Kuala Terengganu, penganggur 45 tahun, Suhaidi Abdul Hamid mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmod.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri duit tabung Masjid Pulau Sekati, Kuala Terengganu pada 27 Jun lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan