31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Taufan Haikui landa Taiwan, 78 cedera

Mesti Baca

TAUFAN Haikui telah melanda Taiwan dengan membawa hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan sekurang-kurangnya 226,000 isi rumah terputus bekalan elektrik dan ramai penduduk cedera.

Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC), Haikui melepasi selatan Taiwan dan memasuki Selat Taiwan pada awal Isnin.

Ribut yang lemah itu menuju ke bahagian selatan China.

Angin kencang menumbangkan pokok di timur dan selatan Taiwan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Pada Ahad, ribut itu mencatatkan kelajuan angin berterusan maksimum kira-kira 150 kilometer sejam (km/j), dengan tiupan sehingga kira-kira 190 km/j.

Ribut itu juga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.

Menteri Dalam Negeri Lin Yu-Chang, yang mengetuai CEOC, pada Isnin menggesa penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga kerana bencana banjir boleh berlaku di beberapa kawasan pergunungan, yang telah menerima hujan lebat sejak empat hari lalu.

Menurut CEOC, sekurang-kurangnya 78 orang cedera dalam kemalangan jalan raya, termasuk penunggang skuter dan pemandu kereta yang dihempap pokok tumbang.

Kira-kira 8,000 penduduk telah dipindahkan dan 1,916 orang ditempatkan di pusat perlindungan awam semasa Haikui melanda, menurut CEOC.

Ekor ribut itu akan terus menjejaskan cuaca tempatan di Taiwan sehingga awal Selasa, iaitu apabila CEOC dijangka menarik balik amaran taufan. -Agensi

Terkini

Cadangan pecah monopoli BERNAS perlu perbincangan

SEBARANG usaha untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan dengan Kementerian Kewangan, Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ini kerana, kata...

Lagi Artikel Berkaitan