31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

DAP jemput UMNO, BN hadiri persidangan tahunan mereka

Mesti Baca

SEMUA parti gabungan kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput ke persidangan tahunan DAP Ahad ini.

Ia adalah persidangan pertama DAP sejak bekerjasama dengan parti dan gabungan lain untuk membentuk kerajaan pada November tahun lalu.

Setiausaha Organisasi DAP Steven Sim berkata, jemputan telah dihantar kepada parti dan juga wakil daripada 1,530 cawangan DAP di seluruh negara.

“Seramai 3,868 wakil layak hadir. Ini sedikit meningkat daripada kongres khas DAP September lalu yang dihadiri 3,672 perwakilan.

“Semua Ahli Parlimen, anggota dewan undangan negeri (Adun) termasuk yang baru dipilih dan senator juga adalah wakil yang dijemput ke persidangan ini selain wakil daripada bahagian.

“Kami telah menjemput wakil daripada semua komponen, ada yang menjawab dan ada yang belum memberikan respons,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisements

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, Anwar turut dijemput menghadiri acara yang akan berlangsung di Hotel Marriot di Putrajaya, bermula jam 8 pagi.

“Perbahasan oleh pemimpin bahagian akan diadakan secara tertutup dan media hanya akan membuat liputan ucapan oleh pemimpin utama parti,” katanya.

Katanya, fokus utama persidangan tahun ini adalah membincangkan pembabitan parti dalam kerajaan campuran, isu dalaman parti dan cara untuk bergerak ke hadapan.

Berkongsi mengenai perbincangan slogan DAP ‘Malaysian Malaysia’, Sim mengulangi pendirian parti itu bahawa ia tidak bertentangan dengan perlembagaan.

“Jika Malaysia bukan untuk rakyat Malaysia, maka untuk siapa lagi?.

“Sekiranya ada ahli yang ingin membangkitkan dasar atau perjuangan parti, mereka boleh melakukannya pada persidangan itu. Mereka bebas untuk membangkitkan perkara ini,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan