30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Rizky kembali lagi dengan konsert album Berona Day

Mesti Baca

BINTANG popular serba boleh dari seberang Indonesia, Rizky Febian, kembali lagi ke Malaysia bagi menjayakan konsert album jelajah Berona Day.

Bakal berlangsung pada 3 November depan, konsert akan diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam.

Dibawakan khas oleh Hitman Solutions, ini adalah konsert kedua Rizky di Malaysia dan kali ini dalam skala lebih besar.

 “Ini adalah konsert saya yang kedua seumpamanya di Malaysia dan pernah juga menjadi sebahagian dari sebuah konsert antarabangsa pada Julai tahun ini,” kata pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna ini.

Sejak kecil, Rizky, 25, sudah pun didedahkan dengan industri hiburan di mana bapanya adalah artis komedi popular Indonesia, kemudian pada tahun 2015, beliau tampil dengan single sulung berjudul ‘Kesempurnaan Cinta’ yang berjaya melonjakkan namanya sebagai salah satu penyanyi ‘papan atas’ di Indonesia.

Terkini, Rizky baharu sahaja melancarkan album keduanya berjudul ‘Berona’ pada 21 Julai lalu.

Rizky berkata, album yang mengandungi 10 lagu baharu hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi menjadi tujuan utama mengapa konsert ini diadakan kali ini.

Advertisements

“Selain mempromosikan album baharu, dapat juga menyapa peminat-peminat saya di Malaysia.

“Team dari RFAS Music sudah pun mempersiapkan segala rangka promosi pada September ini dan juga menjelang malam konsert nanti.

Bertemakan cinta yang diambil dari album ‘Berona’, konsert, An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian, bakal berlangsung selama hampir 2 jam dengan 15 buah lagu yang akan dipersembahkan pada malam konsert nanti.

Rizky akan tampil dengan cara nyanyian yang sedikit berbeza dan lebih dewasa. 

Lebih istimewa, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsertnya sendiri.

“Dari segi susunan muzik pula, saya sendiri yang akan menentukannya dengan ‘warna’ baharu yang lebih sesuai dengan usia saya yang semakin matang yang dilatari pemuzik profesional yang diterbangkan dari Indonesia,” katanya.

Tiket sudahpun mula dijual di www.hitmanlive.com dengan tiket kategori – Romansa (Free Standing) RM 179, Terpesona (Normal Seating) RM 199 dan Super Rizfelous (VIP Standing) berharga RM399. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan