31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Joanna And Co. tampil bertenaga dengan Nostradansa

Mesti Baca

KUMPULAN indie yang lahir dari zaman “2000s indie explosion”, Joanna and Co. kini muncul untuk menghidupkan semula semangat dan keterujaan peminat muzik dengan album terbaharu mereka berjudul Nostradansa. 

Sudahpun dilancarkan sejak awal Ogos lalu di semua platform digital utama, Nostradansa mensasarkan untuk memecah batas-batas muzik kontemporari.

Album ini mengandungi lapan lagu yang dihasilkan dengan teliti oleh ahli kumpulan itu sendiri.

Dengan gabungan elemen pop, pop moden, city pop, dan rock, album ini menjamin sesuatu yang memuaskan setiap halwa telinga pendengar.

Single pertama dari album ini yang bertajuk Nostradansa memberi gambaran tentang seni kumpulan ini dan evolusi mereka sebagai pemuzik.

Video muzik yang akan menyusul bakal membawa penceritaan visual yang lebih bermakna untuk pendengar.

Advertisements

Joanna and Co. dianggotai oleh empat sahabat iaitu penyanyi utama- Joanna, pemain bass-Kusha, gitaris- Jay, dan pemain dram-Meor.

Bersama-sama, mereka membawa tenaga terkumpul ke pentas dan studio, menjadikan setiap persembahan satu pengalaman yang tidak akan terlupakan.

Sebagai penghormatan kepada peminat yang tidak jemu memberi sokongan sejak 2006, terdapat edisi terhad sebanyak 300 keping CD untuk peminat tegar dan kolektor.

Istimewanya untuk salinan fizikal ini, akan terdapat sembilan buah lagu. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki salinan fizikal permata muzikal ini dan menghayatinya sepenuhnya.

“Kami mengalirkan hati dan jiwa kami dalam mencipta Nostradans. Ini adalah album yang mencerminkan perkembangan kami sebagai artis dan mempamerkan kepelbagaian pengaruh muzikal kami.

“Kami tidak sabar mahu semua orang mendengarnya dan menanti respons daripada semua,” kata Joanna. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan