26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

NX3 Games buka ibu pejabat di Malaysia – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT permainan video Korea Selatan, NX3 Games memilih Malaysia sebagai destinasi membuka ibu pejabat wilayahnya tahun depan, selepas Amerika Syarikat (AS).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif NX3, Henry Choi ketika lawatan Fahmi dan delegasi ke ibu pejabatnya di Seoul, Korea Selatan.

“Alhamdulillah satu lagi potensi pelaburan ekonomi digital diterima. Kali ini daripada syarikat permainan video Korea Selatan.

“Dalam pertemuan tadi, kami berbincang tentang bagaimana Malaysia boleh menjadi negara pilihan untuk NX3 mengembangkan perniagaan mereka.

Advertisements

“Setakat ini, syarikat Korea Selatan ini hanya melebarkan sayap mereka ke AS. Insya-Allah, Malaysia bakal menjadi negara kedua yang dipilih mereka sebagai destinasi pelaburan,” katanya menerusi catatan Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, tiga unit akan menjadi fokus mereka di negara ini iaitu unit penerbitan permainan, unit penyelidikan dan pembangunan, serta unit rekaan kandungan.

“NX3 turut beri komitmen untuk sertai program Level Up KL anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang akan dijalankan Oktober ini untuk menunjukkan komitmen kerjasama.

“Insya-Allah di pihak Kementerian Komunikasi dan Digitial (KKD), saya akan teruskan misi untuk mencari lebih banyak pelaburan dalam sektor ekonomi digital bagi merancakkan lagi landskap ini,” jelas Fahmi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan