23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Reguilon dipinjamkan ke United, Liverpool bakal ikat Gravenberch

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN pertahanan Tottenham Hotspurs, Sergio Reguilon hampir pasti menyertai Manchester United secara pinjaman selepas melengkapkan pemeriksaan kesihatan, malam tadi.

United beralih kepada Reguilon selepas perbincangan dengan Chelsea untuk mendapatkan Marc Cucurella menemui jalan buntu.

Ini diburukkan lagi dengan tindakan The Blues menurunkan Cucurella dalam aksi Piala Liga yang mana peraturan menetapkan pemain tersebut tidak boleh turun beraksi dalam kejohohanan sama jika menyertai United musim ini.

Oleh itu, Erik ten Hag beralih kepada Ruguilon yang berusia 26 tahun susulan kecederaan yang dialami dua pemain pertahanan kiri, Luke Shaw dan Tyrell Malacia.

Namun, berdasarkan perjanjian Spurs dan United, Red Devils boleh menamatkan kontrak Reguilon serta-merta sebaik sahaja Malacia dan Shaw kembali cergas.

Advertisements

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Liverpool dilapor bersetuju membayar yuran perpindahan sebanyak RM205.8 juta untuk mendapatkan Ryan Gravenverch dari Bayern Munich.

Pemain tengah Belanda itu dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan di Merseyside hari ini sebelum menandatangani kontrak sebagai rekrut baharu The Reds.

Gravenverch berdepan musim sukar sejak berhijrah dari Ajax Amsterdam musim lalu dan kerap memanaskan bangku simpanan Bayern.

Sementara itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp amat meminati Gravenverch dan percaya kebolehan pemain itu akan menawarkan lebih banyak opsyen di bahagian tengah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan