28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Hamilton, Russell kekal dua tahun lagi di Mercedes

Kontrak baharu menyaksikan pendapatan Hamilton menyamai rekod pendapatan Max Verstappen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEWIS Hamilton menandatangani kontrak sambung dua musim lagi bersama pasukan Formula Satu (F1), Mercedes AMG Petronas yang menyaksikannya akan berlumba sehingga usia 41 tahun.

Menyifatkan ‘ada tugas yang belum selesai’, Hamilton memburu kejuaraan kelapan dalam F1 selepas kali terakhir melakukannya di Abu Dhabi, dua tahun lalu.

Kontraka baharu tersebut menyaksikan pemandu United Kingdom (UK) berusia 38 tahun itu menerima gaji tertinggi menyamai pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen dengan jumlah RM58.8 juta setahun.

Dengan kontrak baharu Hamilton, pemandu kedua Mercedes, George Russel terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk menjadi pemandu utama pasukan yang berpangkalan di Brackley, England itu.

Advertisements

Russel turut ditawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun oleh Mercedes namun menerima pendapatan yang jauh lebih rendah berbanding juara dunia tujuh kali itu.

Hamilton kali terakhir menang perlumbaan F1 adalah di Grand Prix (GP) Arab Saudi pada 2021 dan selepas itu pelumba itu ketandusan kemenangan dalam 36 perlumbaan.

Dalam tempoh tersebut turut menyaksikan dominasi pasukan Red Bull Racing menerusi Verstappen dan Sergio Perez serta kebangkitan pasukan lain seperti Ferrari dan Aston Martin khususnya Fernando Alonso.

Dalam perlumbaan terakhir di Litar Zandvoort mingu lalu, Hamilton sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keenam sementara Russel di kedudukan ke-17. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan