26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PRK: Kemenangan PH bukti bangsa Johor ada jati diri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENANGAN Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam, membuktikan bahawa bangsa Johor mempunyai jati diri, cara dan keistimewaan tersendiri mempertahankan prinsip kesederhanaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bangsa Johor juga progresif dan inklusif berasaskan sifat keindukkan Islam dan Melayu dalam realiti kemajmukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara tercinta ini.

“Alhamdulillah! Terima kasih kepada rakyat Johor khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

“Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Parlimen Pulai yang baharu saudara Suhaizan Kayat dan ADUN Simpang Jeram Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman yang diberikan kepercayaan kepada rakyat untuk memenangi PRK kali ini,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia turut mengucapkan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang berkerja keras memastikan kemenangan.

Advertisements

Antaranya Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta jentera BN negeri yang berkampung di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram sepanjang kempen berlangsung.

Beliau berkata, semua pihak termasuk BN harus membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri dapat bekerjasama secara padu dan muafakat jitu.

Katanya, seluruh jentera BN dan PH juga mampu memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat dan membawa negara serta negeri Johor ke arah kecemerlangan hingga mampu mensejahterakan kehidupan rakyat berbilang agama dan kaum. – Edisi 9



Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan