26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

Gempa bumi Maghribi: Rakyat Malaysia selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Maghribi kelmarin berada dalam keadaan selamat.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, malah tiada rakyat Malaysia terkorban dalam kejadian tersebut.

“Saya mengikuti secara dekat perkembangan terkini keadaan gempa bumi yang berlaku di Marrakesh, Maghribi pada 8 September 2023.

“Saya telah menghubungi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Astanah Abdul Aziz bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini kejadian.

“Beliau memaklumkan kepada saya, sehingga kini tiada laporan yang melibatkan rakyat Malaysia.

“Semua rakyat Malaysia yang dihubungi setakat ini berada dalam keadaan selamat,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Tambah Zambry, beliau akan berhubung dengan rakan sejawatnya di Maghribi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung bantuan yang diperlukan negara itu.

“Saya juga akan menghubungi rakan sejawatan saya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi, Nasser Bourita bagi mendapatkan maklumat terkini bencana yang berlaku dan seterusnya menawarkan bentuk bantuan yang akan diperlukan sehingga kini.

“Salam takziah kepada Kerajaan Maghribi dan semua mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi ini. Saya titipkan doa buat semua rakyat Maghribi,” jelasnya lagi.

Pada Sabtu, Maghribi dilanda gempa bumi dengan magnitud 7.0 yang disifatkan gempa bumi paling dasyat dalam tempoh enam dekad.

Ratusan bangunan musnah dan rosak teruk akibat gempa di sekitar Casablanca dan Marrakesh.

Sehingga kini, angka kematian meningkat kepada lebih 2,000 mangsa. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Tembakan di Bangkok: TMJ bina perisai manusia lindungi keluarga

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas apabila membina perisai manusia bersama pasukan keselamatannya demi...

Lagi Artikel Berkaitan