25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Piala AFC: Sabah tundukkan Hougang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SABAH FC memulakan saingan Piala AFC 2023 dengan langkah kanan apabila menundukkan wakil Singapura, Hougang United, 3-1, dalam aksi Kumpulan H, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Beraksi atas padang lecak, anak buah Datuk Ong Kim Swee berada di depan seawal minit kelima menerusi tandukan pemain import, Gabriel Peres.

Darren Lok hampir menggandakan jaringan buat Sang Badak namun kuisannya terkena kaki pertahanan lawan sebelum diselamatkan penjaga gol, Zaiful Nizam Abdullah.

Minit ke-37 menyaksikan penjaga gol Hougang itu sekali lagi menafikan gol kedua tuan rumah apabila berjaya menepis keluar percubaan Daniel Ting.

Namun, sepakan penjuru seminit selepas itu menceritakan kisah sebaliknya.

Advertisements

Bola sepakan penjuru pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani ditanduk Rizal Ghazali dan terkena pemain Hougang, Shahdan Sulaiman dan menuju ke arah gawang.

Zaiful Nizam bagaimanapun berjaya menepis bola tersebut namun tindakan susulan Lok cukup untuk memberikan Sabah berkelebihan dua gol menuju ke bilik persalinan.

Hougang berjaya merapatkan jurang pada minit ke-61 menerusi gol kontroversi Kazuma Takayama apabila penjaga garisan mendakwa bola tandukan pertahanan Jepun itu sudah melepasi garisan ketika dikeluarkan penjaga gol, Damien Lim.

Gol tersebut tidak mampu merentap semangat pemain Sabah apabila menyamakan kedudukan seminit kemudian, sekali lagi menerusi tandukan Lok.

Kemenangan itu meletakkan Sabah di tangga kedua Kumpulan H di belakang kelab Vietnam, Hai Pong turut melakar kemenangan selepas menewaskan PSM Makassar, 3-0. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 tawar diskaun sehingga 50 peratus

KARNIVAL Cuti-cuti Malaysia 2024 (KCCM2024) yang bakal berlangsung pas 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan