26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Budak 7 tahun ‘belanja’ kawan sekelas bir hingga mabuk

Mesti Baca

SEORANG budak lelaki berusia tujuh tahun di Xiamen, China mencetuskan kekecohan apabila dia membawa dua botol bir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu dan bapanya sehingga menyebabkan rakan sekelasnya ‘mabuk’.

Kejadian itu diketahui umum selepas kisah itu dikongsi oleh ibu kanak-kanak berkenaan.

Menerusi satu klip video, budak itu dipercayai sedang menjalani ‘hukuman’ memandangkan dia sedang menghadap ke dinding.

“Saya tidak tahu bila dia ambil dua botol bir terbabit dari peti sejuk,” bebel wanita itu ketika menceritakan kenakalan anaknya.

Dia turut berkongsi tangkapan skrin perbualan bersama guru yang mengadukan hal berkenaan.

Guru itu juga menyatakan ramai murid di kelas itu mabuk hingga tertidur selepas berkongsi bir berkenaan.

Akibat perbuatan itu, ibunya terpaksa memohon maaf kepada guru dan ibu bapa murid yang terbabit.

Insiden itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dan ada yang berpendapat ibu bapanya wajar memberi lebih perhatian kepadanya ketika di rumah. -Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan