30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Perdana Menteri temu 15 syarikat terkemuka Fortune 500

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama wakil 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500.

Antara syarikat tersebut termasuklah Airbnb, Amazon, Amazon Web Services (AWS), Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark.

Manariknya, Anwar hanya berjalan kaki dari tempat penginapan ke Harvard Club di New York untuk menghadiri sesi pertemuan tersebut.

Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook berkata, kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk berkongsi Kerangka Ekonomi Madani yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Selain itu kata beliau, turut sama dikongsi ialah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara.

Advertisements

“Saya juga hargai maklum balas positif dan input-input membina yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat ini.

“Peranan Majlis dan Dewan Perniagaan seperti US-ASEAN Business Council (USABC) dan United States Chamber of Commerce (USCC) sebagai medium antara kerajaan dan komuniti perniagaan merupakan pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif kerajaan yang akhirnya bermanfaat untuk rakyat,” katanya.

AS merupakan rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak 2015.

Dari segi pelaburan dalam sektor pembuatan, Malaysia menerima pelaburan masuk langsung (FDI) dari AS dari Januari hingga Jun tahun ini sebanyak RM1.84 bilion yang menyumbang 1,558 peluang pekerjaan.

“Semoga Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada syarikat-syarikat gergasi AS,” kata Anwar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan