26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Pegawai keselamatan lapangan terbang Manila curi, ‘telan’ AS$300

Mesti Baca

PEGAWAI keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila, Filipina mencetuskan kemarahan warganet selepas dilihat mencuri AS$300 (RM1,407) yang terselit dalam dompet penumpang.

Rakaman kamera keselamatan lapangan terbang menunjukkan pegawai yang dikenal pasti sebagai Irency Morados oleh Agensi Berita Filipina kendalian kerajaan itu turut memasukkan wang berkenaan ke mulutnya.

Dia kemudian dilihat sedang minum dari botol air yang diserahkan pengendali mesin imbasan badan, Regino Allen.

Penyelianya, Abraham de Luna, juga dilihat bercakap dengan Irency kerana tersedak akibat menelan wang sambil menutup mulutnya dengan sapu tangan.

Laporan Pejabat Keselamatan Pengangkutan (OTS) berkata, wang itu diambil dari dompet seorang penumpang yang menyerahkan beg kepada Irency sebelum menjalani imbasan badan.

OTS dalam laporannya berkata, penumpang itu kemudian menyedari dompetnya terbuka dan wang di dalamnya hilang, lantas bersemuka dengan pihak yang berada di kawasan pemeriksaan terbabit.

Ketika itu, katanya, Irency memalingkan muka dan mula menelan wang ‘untuk mengelak daripada ditangkap’, namun tidak sedar tindakannya itu dilakukan di hadapan kamera keselamatan.

OTS berkata, Abraham disyaki terbabit dalam penipuan itu kerana dilihat mendekati Irency ‘untuk memastikan tiada bukti ditemui’.

Pihak berkuasa lapangan terbang Filipina semalam, mengarahkan tuduhan difailkan ke atas Irency susulan kejadian yang berlaku pada 8 September lalu itu.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Jaime Bautista, memohon ‘penalti maksimum’ ke atas Irency.

Portal berita Rappler melaporkan, kejadian terbabit adalah kes kecurian ketiga yang dihebohkan di lapangan terbang Manila, tahun ini.

Sebelum ini, anggota keselamatan lapangan terbang didapati mencuri wang daripada pelancong Thailand, diikuti seorang lagi pegawai pemeriksa ditahan kerana mencuri jam tangan penumpang warga China, lima hari kemudian.

OTS dalam tindak balasnya, mengarahkan kakitangannya membuka jaket dan melakukan pemeriksaan poket pada pakaian seragam mereka. -Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan