33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

KDN larang tayangan filem Mentega Terbang

Mesti Baca

KERAJAAN menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan bagi penayangan filem kontroversi Mentega Terbang.

Pewartaan itu bertarikh 1 September lalu di bawah Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023.

Perintah berkenaan ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail pada 21 Ogos lalu.

Dalam warta yang dimuatnaik di laman web Jabatan Peguam Negara itu, perkara berkenaan dilaksanakan di bawah Akta Penapisan Filem 2002.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual yang bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam subperenggan hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” katanya dalam warta terbabit.

Filem yang dimaksudkan dalam jadual berkenaan merujuk kepada Mentega Terbang yang diarahkan Khairi Anwar dan diterbitkan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Advertisements

Filem Mentega Terbang yang ditayangkan melalui platform penstriman pada 19 Januari lalu mencetuskan kontroversi sejak awal tahun ini.

Skrip filem berkenaan yang ditulis bersama Khairi, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.

Turut tular beberapa babak sensitif dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan.

Selain itu, bapanya turut membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak tular itu mengundang marah netizen yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.

Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan menerima lapan laporan di seluruh negara dengan satu kertas siasatan dibuka berhubung filem berkenan pada Mac lalu.

Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komumikasi dan Multimedia Malaysia 1998. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan