25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Caprice teruja umum isteri hamil lima bulan

Mesti Baca

PENYANYI rap Caprice teruja berkongsi berita gembira apabila isterinya Farra Inalis disahkan hamil lima bulan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, berkata, selepas menangguhkan impian untuk menimang cahaya mata akibat tekanan yang dihadapi, dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang saya buat hari ini di mana isteri saya disahkan hamil lima bulan.

“Selepas kahwin ramai tanya kenapa saya tidak cuba untuk mendapatkan zuriat. Bukan saya tidak mencuba, tetapi selepas berkahwin macam-macam perkara yang berlaku baik dari segi tekanan bisnes dan media sosial.

“Waktu itu, saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah, saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Thor-X di sebuah hotel, hari ini.

Untuk rekod Caprice dan isteri berkahwin pada 15 November 2021. -Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan