25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Makan babi baca doa: ‘Lina Mukherjee’ dipenjara dua tahun

Mesti Baca

MAHKAMAH Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang wanita kerana menghina undang-undang negara itu selepas dia menyiarkan video membaca doa sebelum memakan daging babi di laman sosial Tiktok.

Indonesia adalah negara majoriti penduduk beragama Islam terbesar dunia dan daging babi dianggap ‘haram’ atau tidak dibenarkan.

Lina Lutfiawati, 33, yang juga dikenali sebagai Lina Mukherjee, dan mengaku beragama Islam mengikut dokumen mahkamah menyiarkan video Tiktok pada Mac lalu di mana dia berdoa yang diterjemahkan kepada ‘dengan nama Tuhan’, sebelum makan kulit babi yang digoreng.

Berikutan itu, mahkamah di bandar Palembang, Sumatera Barat menjatuhi hukuman terhadap Lina atas perbuatannya itu kerana sengaja menyebarkan maklumat bertujuan untuk menimbulkan kebencian atau permusuhan individu serta kumpulan berdasarkan agama, menurut dokumen mahkamah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak AS$16,249.59 (RM76,000).

Selepas perbicaraan, Lina berkata, dia terkejut dengan keputusan berkenaan.

“Saya tahu saya salah, tetapi saya tidak menjangkakan hukuman ini,” katanya di stesen berita tempatan MetroTV. -Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan