26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Alton Industry sedia labur RM2 bilion di Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT konglomerat kejuruteraan, Alton Industry Ltd. Group menyatakan komitmen untuk melabur sebanyak RM2 billion di negara ini dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara tersebut dinyatakan syarikat kejuruteraan dan reka bentuk produk elektrik yang berkualiti tinggi itu ketika lawatan kerja beliau ke New York, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, beliau sangat teruja dengan komitmen pihak Alton untuk melabur di Malaysia dengan menggunakan aplikasi teknologi bagi industri yang berbeza seperti peranti perubatan, automotif.

“Malaysia sememangnya mengalu-alukan pelaburan daripada syarikat yang dipacu oleh penyelidikan dan daya inovasi yang tinggi seperti Alton, selaras dengan sasaran Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

“Pihak syarikat juga bakal membangunkan produk-produk baharu yang berkualiti dan berprestasi tinggi di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Produk Alton merangkumi pelbagai segmen peralatan kegunaan rumah seperti penyedut hampagas dan kompresor udara dan diedarkan syarikat-syarikat terkemuka di AS seperti Home Depot, Leroy Merlin dan Kingfisher.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, projek tersebut menyediakan peluang pekerjaan yang menarik kepada graduan pengajian STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Malaysia.

“Ini terutamanya di dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembangunan produk.

“Saya sendiri yang dari jurusan ekonomi dan kewangan banyak belajar mengenai pelbagai fakta-fakta menarik melalui bidang pembuatan yang melibatkan pengetahuan STEM ini melalui tugasan saya di kementerian,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan