26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Caprice nafi bayar Mondy demi ‘content’

Mesti Baca

PENYANYI rap, Caprice, menafikan dia membayar pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto demi kandungan media sosial atau untuk menjatuhkan mana-mana individu.

Caprice berkata, dia sudah memberi keterangan bagi membantu siasatan atas laporan yang dibuat pendakwah Ebit Lew mengenai fitnah melampau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, kelmarin.

Katanya, selama enam jam dia memberikan keterangan dan mempunyai segala bukti kukuh berhubung pendedahan gangguan seksual yang dihadapi Mondy.

Malah dia juga meminta wanita itu menandatangani perjanjian sebelum dikongsikan di podcast kendaliannya, baru-baru ini.

“Saya, Mondy dan beberapa kakitangan sudah hadir memberi keterangan di IPK Selangor yang memakan masa selama enam jam. Kami memberi keterangan berdasarkan pengisian podcast yang ditularkan.

“Masih ada lagi kakitangan saya yang sedang memberi keterangan. Seramai empat orang sudah dipanggil. Setakat ini, kami tunggu saja perkembangan lanjut.

“Selain membuat laporan polis dan menghantar Mondy menjalani ujian psikiatri, kami turut meminta Mondy menandatangani perjanjian yang mengesahkan semua dakwaan berhubung gangguan seksual itu adalah benar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk ThorX, semalam.

Caprice berkata, apa yang dilakukan dengan niat tidak mahu memberi ruang mana-mana pihak menuduh mereka menipu.

Advertisements

“Ketika kali pertama Mondy tiba di Malaysia, kami sudah rakam perbualan secara senyap kerana waktu itu dia sudah mula berkongsi serba sedikit apa yang dilalui.

“Kalau saya hendak reka, takkan saya nak rakam senyap-senyap. Lebih baik saya suruh berlakon di hadapan kamera dan kalau fikir secara logik saya membayarnya, lebih baik saya cari mangsa yang masyarakat mudah percaya seperti wanita bertudung, alim, atau penghafaz al-Quran.

“Tetapi wanita yang saya bantu ini bertatu dan kasta rendah di Indonesia. Buat apa saya nak susahkan diri dan keluarga bela orang dari kasta rendah,” katanya.

Kelmarin, Ebit membuat laporan polis dan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya.

Ebit menerusi hantaran di Instagram memaklumkan laporan polis dibuat sebaik tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira 12 tengah malam.

Laporan itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, baru-baru ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan