26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Usah pertikai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PADA 19 Ogos 2023, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kepada pelajar Islam sahaja.

Modul itu akan mula dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) sebelum dikembangkan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun depan.

Dengan jelas Fadhlina menyatakan bahawa modul yang akan diperkenalkan itu hanya untuk pelajar sekolah agama dan pelajar Islam sahaja.

Selanjutnya beliau menyatakan bahwa, “Tidak sesekali memperluaskan modul ini kepada pelajar bukan Islam. Jaminan tersebut penting,” tegasnya.

Penulis merasa sangat penting Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ini dalam kalangan pelajar Islam.

Ini kerana melalui panduan hadis-hadis ini para pelajar dapat mengamalkan prinsip-prinsip Islam yang digariskan dalam 40 hadis tersebut.

Hadis pertama yang berkaitan dengan setiap amal itu bermula daripada niat. Ini bermakna setelah dinyatakan dengan jelas niat sesuatu amalan maka segala tindakan akan berdasarkan niat tersebut, tidak boleh diubah niat itu mejadi niat lain.

Contohnya, pada peringkat awal niat rasuah, tetapi kemudian diubah menjadi sedekah. Ini sudah pasti bertentangan dengan hadis pertama tersebut. Sesiapa yang menghayati hadis pertama tersebut tidak akan sanggup mengubah niat setelah amalan itu dilaksanakan.

Parti Gerakan menyokong keputusan KPM untuk melaksanakan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah dan dikhususkan kepada pelajar Islam sahaja. (Malaysiangazette.com, 27 Ogos 2023).

Dalam pada itu MCA, dan Pas menyokong pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40, malah Pas akan mengadakan perbincangan dengan Gerakan dalam hal ini. Pihak MCA bersetuju dengan modul penghayatan setelah mendapat penerangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisements

NGO-NGO Islam sepatutnya keluar menyokong KPM dalam melaksanakan Modul Penghayatan Hadits 40 Imam Nawawi bagi pelajar Islam dan sekolah agama.

Melalui sokongan semua ini akan menggerunkan pihak minoriti agar jangan menjaga tepi kain orang lain. Jagalah tepi kain sendiri.

Seharusnya rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam jangan khuatir mengenai pelaksanaan modul ini kerana modul ini hanya melibatkan pelajar Islam sahaja, tidak melibatkan pelajar bukan Islam.

Jika kita tidak sangat mempertikaikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, maka mereka janganlah pula mempertikai apa yang umat Islam nak buat dengan umat mereka sendiri.

Sejak bila pula kita perlu dapat persetujuan bukan Islam untuk melaksanakan kegiatan Islam?

Malaysia yang majoriti penduduknya Islam tidak pernah masuk campur dengan amalan agama lain, kenapa pula orang agama lain nak masuk campur dengan urusan agama Islam?

Menteri Agama sudah bertegas bahwa Modul Penghayatan ini perlu dilaksanakan demi kebaikan umat Islam umumnya dan pelajar Islam di Malaysia khususnya, tidak sama sekali melibatkan pelajar bukan Islam.

Ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-Kaafiruun, ayat 1 – 6, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.” (al-Kaafiruun: 1-6).

Panduan Allah ini sangat jelas dalam kehidupan beragama, “you don’t touch my religion and we will not touch your religion. (kamu jangan ganggu agama kami, dan kami tidak ganggu agama kamu).”

Masing-masing mempunyai kebebasan beragama, ikutlah cara masing-masing, tetapi sekiranya mereka merasa agama Islam itu lebih baik (sesungguhnya baik), maka kita alu-alukan mereka memasuki agama Islam yang benar ini.

Semoga masing-masing umat beragama boleh meghormati satu sama lain bagi mewujudkan Masyarakat aman, Sejahtera dan Makmur. Aamiin…


Penulis adalah mantan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia.
Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan