27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sunway Berhad untung RM203 juta pada suku kedua

Mesti Baca

SUNWAY Berhad mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 14.7 peratus kepada RM1,468.2 juta pada suku semasa berakhir 30 Jun, disokong oleh sumbangan lebih tinggi daripada kebanyakan segmen perniagaannya.

Menurut Presiden Kumpulan Sunway, Tan Sri Chew Chee Kin, kumpulan itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM203 juta pada suku kedua berbanding RM205.3 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, keuntungan tersebut termasuk perolehan RM26.6 juta daripada hasil pelupusan salah satu syarikat pelaburan permulaan kumpulan tersebut.

Chee Kin berkata, segmen penjagaan kesihatan akan terus menjadi salah satu pemacu pertumbuhan utama Kumpulan Sunway dengan tiga buah hospital sedia ada akan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh.

“Cadangan pembinaan beberapa hospital baharu dalam beberapa tahun akan datang akan memberikan pertumbuhan pendapatan pada masa depan.

Advertisements

“Di samping itu, kami menjangkakan segmen riadah, hospitaliti dan penjagaan kesihatan akan memperoleh manfaat hasil pertambahan kemasukan pelancongan perubatan pada separuh kedua tahun ini melalui peningkatan ketibaan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Chee Kin berkata, keuntungan pembangunan hartanah daripada dua projek yang sedang berjalan di Singapura hanya akan diiktiraf apabila projek tersebut siap dan diserahkan, masing-masing pada suku ketiga dan menjelang akhir suku pertama tahun depan.

Katanya, pada akhir Jun 2023, keuntungan progresif terkumpul berkaitan projek-projek tersebut berjumlah RM131 juta.

“Untuk jangka panjang, kami menantikan rangkaian rel Rapid Transit System (RTS) antara Johor dan Singapura siap pada 2026 dan potensi penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang akan meningkatkan pergerakan rentas sempadan orang dan barangan dengan ketara.

“Perkembangan seperti ini akan menjadi petanda baik untuk Sunway City Iskandar Puteri, pembangunan perbandaran utama Kumpulan yang terletak di kawasan strategik antara Puteri Harbour dan Link Kedua ke Singapura,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan