33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Doku perkuat City

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City memperkuatkan pasukan bagi mengharungi kempen panjang musim ini apabila membawa masuk pemain sayap, Jeremy Doku dari kelab Perancis, Rennes.

Juara Eropah itu melengkapkan perpindahan pemain antarabangsa Belgium itu dengan yuran perpindahan sebanyak RM322.4 juta, malam tadi.

Susulan perpindahan itu, pemain sayap berusia 21 tahun itu dilapor sedia diturunkan untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sheffield United di Bramall Lane, Ahad ini.

Pep Guardiola membawa masuk Doku bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez yang berhijrah ke Arab Saudi bersama Al-Ahli, bulan lalu.

Sementara itu, Doku berkata, menyertai kelab terbaik dunia, City merupakan sesuatu yang cukup istimewa buat dirinya dan keluarga.

Advertisements

“Saya masih muda dan perlu lebih banyak belajar dan meningkatkan kualiti. Bekerja bersama Pep (Guardiola) dan beraksi bersama pemain-pemain bertaraf dunia (di City) akan membantu saya menjadi pemain lebih baik,” katanya.

Pemain berasal dari Belgium itu telah melakukan sebanyak 14 penampilan untuk negaranya dan namanya dicadang rakan senegara, Kevin De Bruyne yang juga merupakan pemain City.

Kemasukan Doku pastinya dapat meningkatkan kualiti dalam aspek kepantasan dalam skuad bimbingan Guardiola.

Doku mempunyai rekod kecergasan tidak berapa baik ketika di Rennes kerana mengalami kecederaan hamstring yang menyebabkannya terpaksa diketepikan dalam beberapa perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan