26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Sanusi tidak akan minta maaf pada Vincent Tan

Mesti Baca

“SAYA tidak akan minta maaf, kes itu sedang berkembang dan dokumen-dokumen sedang didedahkan.

“Kita tengok sehari dua lagi, itu sahajalah,” kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkenaan isu tuntutan pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad.

Sebelum itu, Tan menghantar surat tuntutan kepada Sanusi meminta permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan RM200 juta.

Tuntutan itu berhubung dakwaan Sanusi mengenai projek pembersihan Sungai Klang.

Surat itu juga menuntut Sanusi menarik balik tuntutannya dan membuat akujanji bertulis untuk berhenti mengulangi dakwaannya.

Advertisements

Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diteruskan terhadap Sanusi.

Syarikat guaman lantikan Tan memberi amaran bahawa dakwaan Sanusi boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.

“Oleh itu, anak guam kami berhak untuk membuat laporan polis terhadap anda,” kata mereka dalam surat bertarikh 4 Ogos.

Terdahulu, media melaporkan Sanusi akan membuktikan tuduhannya itu di mahkamah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan