28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua nelayan warga Myanmar ditahan, tiada pengenalan diri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA nelayan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau kerana didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Suspek ditahan bersama sebuah bot tempatan kelas B jenis pukat tunda di kedudukan 2.4 batu nautika selatan Pulau Sangga Besar Perak pada sekitar jam 9.50 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata bot itu ditahan semasa pasukan operasi sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Bot itu dikesan sedang bergerak dan diberhentikan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan seramai dua orang nelayan warga Myanmar termasuk tekong masing-masing berumur 28 dan 40 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot itu.

Advertisements

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah.

Ujar beliau, Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang dan tidak akan berkompromi dengan pesalah yang ingkar.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 5-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan