27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

DBKL roboh struktur gerai tanpa lesen di Jalan Petaling

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERANA gagal mematuhi peraturan dengan menbina tapak perniagaan di kawasan tidak dibenarkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh premis yang terletak di Jalan Petaling dalam operasi bersepadu yang dilakukan semalam.

Tindakan Khas Meroboh Struktur Gerai Tanpa Kebenaran itu dilakukan selepas mendapati pemilik premis tapak gerai berkenaan ingkar dengan notis pengosongan tapak perniagaan yang telah dibina ditempat dan laluan awam tanpa kebenaran dari pihak DBKL pada 21 Jun 2023.

DBKL menerusi kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati, premis berkenaan masih ingkar dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Oleh demikian tindakan penguatkuasaan meroboh struktur gerai telah dijalankan serta-merta dalam operasi tersebut.

Advertisements

“Kesalahan telah diambil tindakan menerusi Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dengan kerjasama pihak TNB dan kawalan keselamatan dari pihak PDRM dan Penguatkuasa DBKL,”katanya.

DBKL berkata, operasi bersepadu ini berjalan dengan lancar dan peralatan yang dirobohkan telah dihantar ke Stor JKME DBKL untuk tindakan dokumentasi lanjut.

Operasi berkenaan dilakukan melalui kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dan Pejabat Cawangn Bukit Bintang.

Di samping, pasukan agensi sahabat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan