33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UMNO lemah sebab Annuar dahulu di dalamnya – Dr. Akmal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa UMNO sekadar menjadi picisan di bawah naungan dua parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Muhammad Akmal berkata, Umno menjadi lemah sehingga tinggal 26 kerusi disebabkan ada pemimpin seperti Annuar yang memimpin parti dahulu.

Beliau mendakwa, rakyat hilang kepercayaan terhadap UMNO disebabkan pemimpin seperti Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu yang menggunakan parti untuk kepentingan peribadi.

“Tan Sri (Annuar) jangan mudah lupa, apa yang jadi hari ini adalah kesan dari kepimpinan pemimpin seperti Tan Sri (Annuar). 

“Hanya mahu mencari keuntungan secara peribadi dari UMNO berbanding untuk memperkuatkan parti dan menjaga rakyat dan akhirnya rakyat tidak mempercayai parti ini disebabkan pemimpin seperti Tan Sri (Annuar),” katanya menerusi Facebook hari ini. 

Advertisements

Annuar dalam Ceramah Mega Pakat Pertahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Tumpat, malam tadi berkata, UMNO tidak boleh lagi menjadi tempat bergantung orang Melayu dan umat Islam.

Katanya, UMNO sekadar menjadi penumpang dan pelengkap kerana parti itu sudah tidak ada suara sementara Barisan Nasional (BN) telah terkubur awal.

Mengulas lanjut Dr. Muhamad Akmal berkata, ini merupakan masa terbaik untuk ahli UMNO membina semula parti biarpun berdepan tugas yang sukar.

“Kini apabila parti lemah dan Tan Sri (Annuar) juga sudah berada di sebelah sana (Perikatan Nasional) ini adalah masa yang terbaik kami membina semula parti ini.

“Walaupun halangannya berat tetapi dengan keihklasan yang ada untuk mempertahankan perjuangan parti, Insya-Allah UMNO akan dibina semula oleh kami,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan