26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Arsenal sedia bayar RM175.5 juta untuk Raya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL mencapai persetujuan dengan Brentford untuk mendapatkan penjaga gol, David Raya pada harga RM175.5 juta.

Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu dilapor telah bersetuju dengan terma dan syarat yang dikemukakan The Gunners.

Raya juga dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan di London dan akan diperkenalkan sebagai rekrut baharu kelab itu minggu ini.

Pemain itu dijangka menandatangani kontrak selama lima musim untuk kekal di kelab utara London itu sehingga 2028.

Advertisements

Ketibaan Raya pastinya akan menjadi pesaing utama kepada penjaga gol kebangsaan England, Aaron Ramsdale dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama The Gunners.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu membawa masuk Raya kerana bagi memberi saingan kepada Ramsdale sekali gus membantu kelab mencabar kejuaraan liga.

Penjualan penjaga gol berusia 27 tahun itu menyaksikan Brentford meraih keuntungan besar selepas membeli Raya dari Blackburn pada harga RM16 juta sahaja pada 2019.

Brentford sebelum ini meminta yuran perpindahan sebanyak RM234 juta, menolak bidaan pertama Gunners namun akhirnya bersetuju dengan tawaran baharu RM175.5 juta yang dikemukakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan