CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut ketika membantu Al-Nassr mara ke separuh akhir Piala Juara Juara Kelab Arab (ACCC) selepas menundukkan Raja Club Athletic (CA) 3-1, awal pagi tadi.
Sambutan jaringan terkenal Ronaldo ‘siu’ turut diraikan sepasukan baharunya, Sadio Mane untuk gol pembukaan perlawanan pada minit ke-19.
Al-Nassr yang turut dibarisi Alex Telles, Seko Fofana dan Marcelo Borozovic menggandakan jaringan pada minit ke-29 menerusi penyudah pemain antarabangsa Arab Saudi, Sultan Al-Ghannam.
Seko Fofana menambah gol ketiga Al-Nassr itu pada minit ke-38 sebelum penyandang juara itu merapatkan jurang hasil jaringan sendiri pertahanan, Abdullah Madu.
Sementara itu, Al-Hilal turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan Al-Ittihad 3-1 semalam.
Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Karim Benzema gagal menyempurnakan sepakan penalti sementara Al-Hilal gah menerusi jaringan Sergej Milinkovic-Savic, Salim Aldawsari dan Malcom.
Untuk aksi separuh akhir, Al-Nassr bakal menentang wakil Iraq, Al-Shorta sementara Al-Hilal pula akan satu lagi wakil Arab Saudi, Al-Shabab dengan perlawanan dijadual berlangsung pada Rabu ini dan awal pagi Khamis. – Edisi 9

