27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Keane dakwa Arsenal bayar lebih untuk dapatkan Rice

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ROY Keane mendakwa Arsenal telah membayar lebih wang untuk mendapatkan Declan Rice daripada West Ham dengan yuran perpindahan RM608.7 juta.

Bekas kapten Manchester United itu berkata, dia kurang yakin sama ada pemain tengah berusia 24 tahun itu mempunyai kualiti jika dibandingkan dengan harga yang dibayar The Gunners.

Bercakap kepada ITV sebelum sepak mula Perisai Komuniti antara Arsenal dan Manchester City awal pagi tadi, Keane berkata, Rice sudah tentunya akan dikelilingi oleh pemain lebih baik (dalam perlawanan).

“Permintaan yang berbeza, dia bermain sedikit tinggi ke atas jika dia ada kualiti menjaringkan gol. Kerana dia ada kekuatan fizikal.

“Untuk itu saya rasakan mereka membayar lebih untuknya. Rice berharga tidak lebih daripada RM579.7 juta.” katanya.

Advertisements

Perpindahan Rice ke Stadium Emirates merupakan perpindahan termahal di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemasukan Rice menjadikan bahagian tengah Arsenal lebih dinamik dengan pemain itu mampu melindungi barisan pertahanan sekali gus mencerahkan peluang mereka mencabar kejuaraan musim ini.

Sementara itu, Keane mengakui kehadiran Rice menambah kekuatan Arsenal namun pada masa sama melihat bakat Inggeris itu berada di dalam tekanan untuk membuktikan sesuatu di utara London.

“Kamu boleh katakan ini semua ini kepada banyak pemain, saya setuju tetapi kita akan lihat tahun depan atau dua tahun lagi sejauh mana bagusnya Rice. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan