Wednesday, July 22, 2026

Kadar internet turun mulai September – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KADAR bagi perkhidmatan internet di negara ini akan dikurangkan bermula September ini susulan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, selaras dengan itu, arahan telah dikeluarkan kepada semua penyedia perkhidmatan jalur lebar bagi berbuat demikian.

“Untuk memastikan rakyat mampu menikmati perkhidmatan internet yang terbaik, banyak perkara telah kerajaan usahakan.

“Ini termasuk internet prabayar yang lebih murah. Dulu RM10 sekarang RM5, malah Internet jalur lebar juga lebih murah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program ceramah Mega Perdana di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, di Ukay Perdana malam tadi.

Sementara itu, Fahmi berkata, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) ketika berkempen.

Katanya, sehingga kini masih ada lagi ahli politik yang cuba memainkan sentimen berkenaan yang hanya sekadar untuk meraih perhatian dan simpati rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Sebagai Menteri Komunikasi, saya mesti bagi amaran ini. Tapi nampaknya amaran ini bagi setengah pihak tidak diikuti, tidak dituruti.

“Berani buat, berani hadap. Ini pesanan saya. Kalau berani buat, janganlah marah kalau polis datang tangkap bila-bila ya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan