27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Ramsdale wira bantu Arsenal juarai trofi Perisai Komuniti

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL memperoleh tonik terbaik menjelang pembukaan kempen baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjuarai trofi Perisai Komuniti selepas menundukkan Manchester City 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam pertemuan yang cukup dramatik di Stadium Wembley awal pagi tadi, City mendahului pada minit ke-77 menerusi jaringan cantik pemain muda, Cole Palmer.

Ketika anak buah Pep Guardiola sudah hampir pasti meraikan kemenangan, Leandro Trossard muncul penyelamat The Gunners apabila menjaringkan gol pada minit ke-11 waktu kecederaan, sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Martin Odegaard, Trossard, Bukayo Saka dan Fabio Vieira masing-masing berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Arsenal.

Advertisements

Sepakan Kevin De Bruyne selaku pengambil sepakan penalti pertama City sekadar mengegar palang gol sementara Bernando Silva mudah meletakkan bola ke dalam jaring untuk gol penalti pertama Citizen.

Harapan yang disandarkan kepada pemain tengah, Rodri tinggal harapan apabila sepakannya mudah diselamatkan Aaron Ramsdale sekali gus memastikan Arsenal menang trofi Perisai Komuniti ketiga dalam tempoh tujuh tahun.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut City dalam aksi Perisai Komuniti.

Dan pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak pernah menang dalam lapan pertemuan menentang mentornya, Guardiola sejak mengendalikan kelab utara London tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan