27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

PRK: Peringatan SPR sempena penamaan calon Sabtu ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua pihak yang hadir pada hari penamaan calon bagi enam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram pada Sabtu ini supaya mengikuti peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ini bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar.

“Penggunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya menerusi kenyatan hari ini.

SPR telah menetapkan tarikh Hari Penamaan Calon (HPC) PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada 26 Ogos ini.

Hari pengundian awal ditetapkan pada 5 September manakala hari pengundian pula dijadualkan pada 9 September ini.

Advertisements

Sementara itu Ikmalrudin berkata, setiap bakal calon hanya dibenarkan diiringi seorang pencadang dan seorang penyokong calon untuk memasuki Pusat Penamaan Calon (PPC). 

Katanya, bakal-bakal calon juga adalah disarankan membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran hendaklah dibawa pada HPC sebagai bukti pembayaran.

“Bakal calon yang mewakili parti politik diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon.

“Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Aka Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan.

“Ini termasuk bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang/simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan/komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan