24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Al-Nassr layak ke saingan ACL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AL-NASSR bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan wakil UAE, Al-Shabab 4-2, sekali gus mara ke peringkat kumpulan kejohanan Liga Juara Juara Asia (ACL).

Pemenang Piala Juara Juara Kelab Arab itu bermula baik dalam aksi yang dilangsungkan di Al-Awwal Park itu apabila mendahului seawal minit ke-11 menerusi jaringan pemain import, Anderson Talisca.

Walaupun mendominasi 73 penguasaan bola, kelab bimbingan Luis Castro itu ketinggalan dua gol menerusi rehat babak pertama menerusi jaringan Yahya Alghassabi pada minit ke-18 dan 46′.

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dilihat beberapa kali tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil termasuk keengganan pegawai perlawanan menghadiahkan penalti.

Advertisements

Peluang Ronaldo dan rakan-rakan beraksi di ACL tampak pudar selepas 80 minit perlawanan selepas Al-Nassr gagal mencari gol penyamaan.

Namun, segalanya berubah pada minit ke-88 apabila Sultan Al-Ghannnam secara dramatik menyamakan kedudukan untuk menyelamatkan kempen tuan rumah.

Al-Nassr menggunakan tujuh minit masa tambahan dengan sebaik mungkin apabila meledak dua gol masing-masing menerusi Talisca pada minit ke-95 dan Borozovic (97′).

Kelab Arab Saudi itu memulakan kempen liga dengan hambar apabila tewas dua perlawanan awal kepada Al-Ettifaq dan Al-Taawon. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan