31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Akta Muzik diperkenal dalam tempoh 2 tahun – Fahmi Fadzil

Mesti Baca

AKTA menyeluruh untuk industri muzik akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, berikutan akta untuk industri muzik masih belum dikuatkuasakan, perkara itu perlu diteliti termasuk berkaitan aspek mengawal selia industri berkenaan serta pemasaran.

“Kita jangka proses menggubal akta mengambil masa. Namun ada usaha mendampingi, membantu dan menyediakan beberapa dasar yang sesuai dan manfaat serta menepati keperluan industri muzik akan diusahakan,” katanya.

Fahmi berkata, kementerian bersetuju mewujudkan gerak usaha menggubal akta muzik selepas mendapat pandangan pelbagai pihak, termasuk penggiat industri itu.

Beliau berkata, pada sesi dialog awam MyCreative Ventures bersama penggiat industri muzik sebelum ini, antara isu yang dibangkitkan adalah usaha membawa produk kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa.

Fahmi berkata, Akta Muzik tidak membabitkan royalti penggiat muzik kerana isu terbabit diselia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Advertisements

“Kita masih pada peringkat awal, jadi sukar untuk saya sebut apa bentuknya nanti.

“Kita juga terima cadangan beberapa pihak, sebagai contoh, mewujudkan badan yang dapat mengawal sedia industri muzik,” katanya.

Fahmi berkata, ada pihak berpandangan fokus untuk badan yang dapat mengawal selia atau membantu industri muzik adalah ke arah mengasah bakat, membantu aspek pemasaran dan memastikan pertumbuhan ekosistem mampan.

Katanya, sehingga tahun lalu, MyCreative berjaya membangunkan lebih 10,000 individu dan perniagaan kreatif serta menyokong lebih 30,000 kerja dalam industri kreatif menerusi saluran dana RM447.7 juta dan pinjaman bernilai RM558.45 juta diluluskan.

Katanya lagi, sejak penubuhannya sehingga kini, MyCreative mengangkat pelbagai bentuk seni dan penggiat kreatif menerusi pelaburan strategik dan inovatif serta penyediaan platform dinamik. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan