31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Quantum Metal jalin kerjasama dengan Semboyan Malaysia

Bagi memperkukuh jenama dan memastikan pelaburan emas yang diusahakan sah dan diyakini

Mesti Baca

TERUS mengukuhkan jenama produknya dalam memastikan pelaburan emas yang diusahakan adalah sah dan diyakini, Quantum Metal Sdn Bhd (QM) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Semboyan Malaysia.

Syarikat pengimport dan pembekal emas itu menjalinkan kerjasama itu sebagai usaha menyediakan saluran bagi menangani isu pelaburan emas.

Pengasas QM Datuk Lim Khong Soon berkata, syarikat itu mendapat pengiktirafan patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, QM ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA).

“Kerjasama ini adalah usaha kami dalam memberikan saluran yang betul kepada mereka yang mahu melabur dan memiliki emas supaya tidak teraniaya.

“Kami juga gembira kerana diperakui dan diterima oleh Semboyan Malaysia yang dikenali sebagai badan anti penipuan serta penganiayaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media MoU itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Lim menambah QM juga bakal membuka 40 kedai emas di seluruh negara dalam masa dua tahun dengan kedai emas pertama akan beroperasi di Pulau Pinang dalam masa terdekat.

QM juga mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati mengenai pelaburan emas supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau ‘scammer’.

Antara perkara yang perlu diambil peduli ialah kadar nilai emas tidak tetap dan akan berubah sepanjang 24 jam dari Isnin hingga Jumaat.

Justeru, tidak ada mana-mana pihak boleh menjanjikan pulangan dengan nilai kadar emas tetap.

Advertisements

Sementara itu, Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusof Azmi berkata, melalui kerjasama itu, orang ramai boleh membuat pelaburan dengan selamat dan terjamin tanpa berdepan dengan penipuan.

Katanya, QM sebuah syarikat yang mempunyai kapasiti sebenar kerana turut membekalkan emas dan bukan hanya menjalankan pelaburan semata-mata.

“Menerusi kerjasama ini, kita dapat menyediakan solusi kepada mereka yang mahu melabur emas menggunakan saluran tepat tanpa ditipu.

“Sebelum ini kami banyak menerima kes penipuan tapi kami tidak ada penyelesaian untuk bantu mereka membeli dan melabur dengan pihak yang betul.

“QM sebuah syarikat yang dipercayai dan mereka yang mahu melabur boleh berurusan dengan mereka tanpa was-was,” katanya.

Yusof berkata, ramai yang mahu mencari alternatif pendapatan pada masa kini dan ada yang terdesak sehingga kabur dengan janji manis tidak berasas.

Katanya, tahun lalu sahaja lebih 1,500 kes penipuan pelaburan dicatatkan dalam aduan terhadap Semboyan, di mana kira-kira 300 dapat diselesaikan.

Antaranya ialah kes membabitkan 10 ribu orang dengan kerugian RM50 juta.

“Saya selalu pesan apa pun niat kita jangan tamak dan gelap mata. Kena periksa serta tahu perkara sebenar sebelum melabur termasuk emas.

“QM sebuah syarikat yang memang dijamin dan turut mempunyai hubungan baik dengan bank-bank di negara ini,” katanya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan