26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

UMNO kafir: Pas perlu betulkan tanggapan akar umbi

Ini kerana masih ada ahli akar umbi Pas yang begitu fanatik dengan kepimpinan yang didahulunya menanam ideologi bahawa mengundi UMNO menjadi kafir dan masuk neraka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN Pas perlu memperbetulkan tanggapan serta pandangan akar umbi yang mendakwa ahli UMNO adalah kafir.

Dalam masa sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut memohon kepada Pas supaya mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan ahli-ahli Pas berhubung isu tersebut.

Gesaan itu dibuat susulan tular satu klip video seorang ahli Pas mendakwa mana-mana orang Islam mengundi UMNO terkeluar daripada Islam dan menjadi kafir.

Asyraf Wajdi berkata, kejadian yang dipaparkan dalam video tersebut memberikan rasa sedih yang mendalam.

“Ini kerana masih ada ahli akar umbi Pas yang begitu fanatik dengan kepimpinan yang didahulunya menanam ideologi bahawa mengundi UMNO menjadi kafir dan masuk neraka.

Advertisements

“Saya menyeru dan mengharapkan agar kepimpinan Pas dapat mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan ahli-ahli di bawah bahawa tidak jatuh kafir atau rosak aqidah seseorang apabila mengundi mana-mana parti dalam pilihan raya kali ini.

“Ini penting bagi mengelakkan pertelingkahan dan perbalahan yang membawa kepada kafir-mengkafir sehingga meleraikan ikatan ukhuwah Islamiah”katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook beliau.

Asyraf Wajdi berkata, berbeza parti hanyalah dari segi ijtihad dan pendekatan politik, bukan perbezaan aqidah dan pegangan agama seseorang.

“Kita harus bedakan antara Islam dan parti. Islam adalah agama, Pas adalah parti politik. Dua perkara yang berbeza. Tidak menyertai Pas, tidak mengundi Pas tidak sesekali menjatuhkan kekufuran kita.

“Tidak mengundi UMNO pun tidak menjatuhkan kekufuran kita kerana Islam adalah lebih tinggi daripada parti politik. Walaupun politik merupakan sebahagian daripada agama,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan